Wednesday, November 19, 2008

How Herbalife Change Me?? -1-

so far, baru 42 hari aku consume Herbalife nih.masa pakej Herbalife sampai aritu, ade 2 Formula 1 (vanilla and chocolate), 1 Formula 3, 1 Formula 2, 1 teamix 50gm.masih ade berbaki 1 Formula 1(vanilla), almost full bottle F2(selalu lupa nak makan), 1/2 bottle of F3, dan 2/3 teamix.
so far, setelah hampir 6 minggu (tolak 1 minggu ++ x makan herbalife), terasa juga berbeza hidup ini dgn herbalife.
contohnya:

*sebelum HL*
masa sebelum ambil herbalife, aku begitu seronok kalau gi shopping especially bab makanan. kalau pegi Dunnes Store, nak ice cream, nak chips, nak Sensation (walkers), nak tu, nak ni. semua makanan terasa sedap. semua nak beli. hubby plak layan aje.saya makan, die makan. die makan, sy makan. itu yg seronok shopping dgn hubby. kami x cerewet bab makan.

*selepas HL*
sekarang, kalau gi shopping, mcm x ada apa nak beli. selain dr beli buah2an dan sayur-sayuran, minat kepada junk food semakin berkurang. lagi suka masak sendiri makanan hubby kat rumah,sementelah x kerje sekarang. hubby pon, kalau nak beli apa2 food especially chips, mesti ty sy patut beli ke x. sy memang awal2 lagi bagitahu yg sy diet, sy akan msk chips utk die tp sy x akan makan. jadi, bile bagitau begitu pd hubby, hubby terus x jadi nak beli chips.iyelah, makan sorang2,mane best.
skrg pulak, tgh bersemangat mencuba pelbagai resepi baru, nak tahu mane yg hubby suke,mane yg tak. jadi, bile dh masak kat rumah, kurangla nak membeli makanan kat luar. selain jimat duit, jugak makanan yg dimakan terjamin kebersihannya, dan qualitinya (walaupun kdg2,kandungan nutrisinye kurang sbb xde sayur etc).dulu2 juga, suka sgt ajak hubby makan di luar. bile jumpe kedai muffin, nak beli etc.skrg??tidak lagi. kalau nak makan muffin, buat sendiri. kdg2 buat bekal utk hubby pegi keje.

*sebelum HL*

malas betul nak exercise.lagi seronok surf internet sambil baring di dalam duvet, ataupun makan sambil tengok tv.

*selepas HL*

semakin giat exercise. walaupun kadang exercise itu terlalu ringan. memang aim nak exercise Wii Fit sekurang2 nya 30 minit sehari. sekurang2nya exercise drpd makan tidur,makan tidur. aktivity biasa di musim sejuk ini.

*sebelum HL*
x care sgt psl berat badan/penampilan diri.

*selepas HL*
selalu pk ape pdpt org lain terutamanya hubby psl saya. gemukkah?makin kuruskah?mahu jadikan sebagai perangsang utk terus capai target.

*sebelum HL*
sgt mls minum air msk(plain water). suke sgt soft drink/fruit juice.ie coke, guava/mango/apple juice which are very very sweet.

*selepas HL*
tgh jinakkan diri minum plain water byk2. luckily, i stay at home all day.so, x susah nak gi toilet. xtahulah, rasenye sy ni OAB kot.OAB=OverActive Bladder. biaselah, kalau dh doctor, suke sgt diagnose diri sendiri ;p.kalau minum air sket je pon, sy akan end up byk kali pegi toilet.that is why i need to empty my bladder/not drinking prior to travelling.masalah kat Ireland ni. susah nak jumpe toilet kat tepi2 jalan. tak semua petrol station ade toilet pon.ade sekali tu, terpaksa masuk pub sbb x tahan, x jumpa toilet kat tepi jalan. mmg teruk la..


rasanya cukup itu dulu kot buat ms skrg.terlalu awal utk komen psl berat dan shape. masih jauh perjalanan sy dgn herbalife. tapi kalau org lain boleh kurus,kenapa tidak sy. fizah,gambatte!!!

No comments: